Wednesday, February 4, 2009

BMW? kerosakan enjin2 mereka

  1. An "oil spray bar" is mounted above the camshaft. This hollow metal tube sprays oil over the camshaft and rocker arms, but with time the two banjo bolts that hold the bar in place may loosen themselves. As a result, oil passage through the spray bar will get restricted, and the camshaft and rocker arms will not get cooled and lubricated properly, possibly leading to fatal wear.
  2. On some models, the return valve in the oil filter housing fails with time, thus making oil run out after stopping the engine, instead of keeping it in the housing. While not a critical problem, it results in the engine needing up to five seconds to build up proper oil pressure upon engine start. BMW replaced the oil filter housing with a more durable valve around 1991.
  3. While not a problem by design, the spacing between the valve rocker arms and the valves must be adjusted approximately every 30,000 km (20,000 miles). Failure to adjust might lead to poor running, increased fuel consumption, and engine wear.
  4. The engine fan is mounted with a viscous coupling that expands when heated. As the engine becomes warm, the coupling gets a better grip on the fan, thus leading to increased rotation of the fan, and more airflow. If this viscous coupling fails, the fan will only rotate relatively slowly (as driven by the engine by a V-belt), and will not provide sufficient cooling, leading to overheating. Overheating can extremely quickly lead to engine failure, such as a destroyed headgasket or a warped or partly melted cylinder head.

Sunday, February 1, 2009

SALAHUDDIN al-Ayubi


SALAHUDDIN al-Ayubi


dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad. Beliau adalah anak gabenor.Ayahnya, Najmuddin Ayub bin Shadhi adalah anak saudara kepada Sultan Nurudin Zenggi, berketurunan Kurdistan yang berasal dari Azerbaijan. Selain sebagai panglima perang, beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.



Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayubi mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.Beliau mula terkenal pada 559 Hijrah (1164 Masihi) apabila menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir. Beliau berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah (Januari 1969 Masihi). Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin al-Ayubi. Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan. Walaupun cadangannya tidak dipersetujui sesetengah pihak termasuk pemimpin Syria, cita-cita Salahuddin itu termakbul.Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin. Pada tahun itu juga beliau membina kota pertahanan di Kaherah.Pada tahun 583 Hijrah (1187 Masihi) berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin.
Peperangan ini dipimpin sendiri oleh Salahuddin al-Ayubi hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis.Pada tahun 588 Hijrah (1192 Masihi) berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian. Mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam. Walaupun perang Salib yang ketiga itu menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian, mereka tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi.Pihak Kristian mengalami kekalahan dan ramai tentera terbunuh dan tertawan. Baitulmaqdis yang dikuasai orang Kristian selama 88 tahun, dapat ditakluki semula oleh Salahuddin al-Ayubi.Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian. Ahli sejarah Kristian pun mengakui mengenai hal itu.Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.Darah membasahi bumi yang mengalir daripada pembunuhan orang Islam secara beramai-ramai. Ia juga mencemarkan kesucian gereja yang sebelumnya mengajar sifat berkasih sayang. Orang Kristian sangat bertuah apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria slepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta untuk diwariskan. Beliau dikatakan hanya memiliki 47 dirham wang perak dan 1 dinar wang emas. Urusan penyelenggaraan jenazah ditanggung oleh keluarga beliau, manakala kain kafannya diberikan oleh menteri.

Saturday, January 31, 2009

pengertian tork maksimum, kuasa maksimum dan rpm

kuasa kuda atau hp ialah tenaga enjin itu dan tork ialah daya kilas.
rpm ialah putaran enjin seminit.

contohnya dong, jika tenaga maksimum kereta itu ialah 200hp pada 6000 rpm, enjin akan mengeluarkan tenaga tersebut apabila rpm pada aras 6000 rpm.

selepas itu, graf tenaga akan turun atau mendatar. selalunya dikira dgn menggunakan mesin dynometer

Friday, January 30, 2009

dari ustaz zahruddin:Teruskan Ponzi Sekadar Dapatkan Modal Semula










Teruskan Ponzi Sekadar Dapatkan Modal Semula
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Soalan
Assalamualaikum,
Apa hukum teruskan Skim Ponzi setelah insaf dengan tujuan mendapatkan semula modal sahaja?
Contoh, modal RM20K @ RM300 sebulan selama 10 tahun, sangat membebankan bagi pekerja berpendapatan rendah.

JAWAPAN
Telah kita ketahui bahawa skim piramid atau ponzi adalah Riba Nasiah dan Riba al-Fadhl kerana duit berbalas duit yang tidak sama nilainya dan dibuat secara bertangguh.
Ia juga tergolong dalam kategori haram kerana penipuan dan memakan harta orang lain secara zalim.
Selain itu, ia sekali lagi jatuh haram kerana bercanggah dengan undang-undang sesebuah Negara termasuklah Negara bebas seperti US dan United Kingdom.
Justeru, meneruskan usaha mencari ‘downline' setelah mengetahui ia adalah skim yang salah dan haram di sisi hokum Islam dan Negara adalah DILRANG DAN HARAM juga.


Alasan untuk mendapatkan semula modal TIDAK SAMA SEKALI mengharuskan seseorang untuk terus melibatkan orang lain dalam mudarat skim ini. Ia jelas sama seperti si mangsa yang sedar itu sedang berusaha mencuri duit orang lain dengan alasan ingin mendapatkan modalnya yang dicuri oleh uplinenya.
Ia tidak dibenarkan,
Apa yang sepatutnya dilakukannya adalah :-
1) Meminta wang modalnya kembali dari upline dan memulangkan apa-apa produk syarikat (jika ada) yang dijadikan umpan untuk pembayaran.
2) Menuntut kembali wang dari syarikat (jika syarikat masih beroperasi)
3) Jika syarikat degil, memfailkan saman di mahkamah ke atas individu pemilik syarikat, kerana jika difailkan atas syarikat, kemungkinan syarikat tersbeut akan diserbu dan ditamtkan oleh pihak berkuasa justeru, failkan saman kepada individu pemilik syarikat. Kelak pihak mahkamah yang akan memutuskan bagaimana hak mangsa berkenaan pembayaran balik modalnya.
4) Jika semua usaha di atas gagal, anggaplah ia sebagai pembersihan harta-harta syubhat dan haram yang mungkin tidak disengajai atau dengan sengaja berada di dalam milik anda.
Janganlah bersedih kerana harta dan kehidupan dunia ini gunanya sementara sahaja. Gembiralah kerana diingati oleh Allah lalu diujinya dan dibersihkannya dari harta-harta yang kurang elok.
Jangan lupa juga, wajiblah dilaporkan skim ponzi kepada pihak berkuasa secepat mungkin sebelum mereka mendapat lebih ramai mangsa, bantulah individu lain agar mereka tidak terjebak dengan segera menamatkan ‘hayat' syarikat tersebut. Itulah tuntutan Islam sebagaimana hadis nabi :
انصر أخاك ظالما أو مظلوما
فقالوا: يا رسول الله عرفنا كيف ننصره إذا كان مظلوماً، فكيف ننصره إذا كان ظالماً؟
قال: تردعه وتحجزه عن الظلم فذلك نصره
Ertinya : Sabda nabi : bantulah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi.
Sahabat bertanya : " kami faham tuntutan membantu mereka yang dizalimi, tetapi bagaimana dengan mereka yang zalim?"
Jawab Nabi : Iaitu dengan menghalangnya dari terus melakukan kezaliman, itulah erti membantunya) ( Riwayat Muslim)
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
19 Disember 2008

sekian
Last update: 20-12-2008 07:42

wei john

ting tong